Beli VS Buat Sendiri
Saya jeles bila baca entry Kak Azz ni, 'Buat Sendiri Juadah Berbuka Puasa'.
Jeles dalam nada cute ya :D
Memang seronok bila kita hasilkan sesuatu dan benda itu dapat dinikmati ramai orang. Lebih2 lagi soal makanan.
Saya kan keluarga kecil..bulan puasa ni, kami bertiga je kat rumah.
Abah-Emak-Saya. Adik saya dipusat pengajian dia.
Bulan puasa begini, biasanya, juadah berbuka memang emak yang sediakan.
Kami jarang beli lauk pauk. Berbuka sekeluarga diluar? Seingat saya tak pernah..
Cuma, bab kuih muih/pencuci mulut, yang ini abah saya akan kebazar.
Beli dalam 2 jenis. Itupun time sahur baru habis..
Kdg2 saya tanya emak, kenapa dah tak buat kuih ni, kuih tu.. Mak saya jawab, kos nak buat lagi tinggi dari beli. Barang2 nak beli dlm kuantiti sedikit tak boleh/tak berbaloi. Kalau beli banyak, tak terhabis plak. Masa dan tenaga pun ambil kira. Sudahnya, beli lebih menguntungkan.
Sebenarnya, soalan itu saya dah pernah tanya beberapa kali, saya tahu itu juga jawapannya,hehe. Cuma taktau apa lagi nak tanya bila tiba2 kuih yg dibeli tak memenuhi citarasa.
Saya kesian juga dengan diri sendiri dan kebanyakan kita semua, kita dalam dilema jugak kan, memilih antara yang menyumbang keseronokan dengan keuntungan.
Urmm..hidup ini kita tak dapat semua.
Comments
kalo dekt rumah pon mostly mama ayie pon beli sebb tinggl bpe orng je kt umah.. ayie pon xad kt umah..
Tapi betul la kata Lana tu.. Keluarga kecil memang sesuai beli dari buat.. Keluarga besar ni kalau membeli memang rabak habis la dompet.. haha..
Sesekali jika ada rasa teringin nak buat juadah tu, boleh je buat Lana.. Sedekahkan kat kejiranan.. Itupun satu kepuasan jugak..
ha'ah Lana nak masak untuk juadah berbuka untuk 2, 3 mulut rasa tak berbaloi nk beli barangnya sekian, harganya plak sekian,nak masak plak sekian..
hmmm beli jela..
org lain tu suami je pn.hihihi
KP..dtg jugak, hehe :) Selamat berpuasa gak tau ^^
Payah nak cari yg sedap skrg ni kan eza..
Aah, lagi2 makanan tu, kita masak, then org2 yg kita syg/rapat makan masakan kita.. happy.. :)
Saya la tu jelesnya,hahaha
Tapi kak, kdg2 saya tak puas hati gak, nak gak suh mak buat, ekekkee. Sendiri buat, malaih :D
Wokey! hehe
Semalam?hahaha
Ia, tang nak beli brg tu la..bukan bleh beli ciput2.. sedangkan yg nak mkn pun brapa org je.
Sama la dengan kami kat sini bunda.. biasa kalau ke bazar, mmg kuih muih jela yg dicari..
Kak.. mesti happening kan kat ats meja makan.. >_<
hehehe, bila turn kita bersuami plak ni..eh :D hahaha
Saya paling suka tgk agar2/puding bila kt bazar..mcm2 warna, rupa ada.. tpi tak pernah beli.. rasa tak secantik warna..betul la tu,huhu
oh. setakat nih puasa memang 1family sbb adek ct sem kan..
bab memasak da tukar kepada saya sebab ibu sibuk jaga baby kan.. hihi
Kalau dah bz dan ada 2-3 orang aje..beli menjimatkan masa n kos
Ingat diy ye ape..rupenya pesal kuih..hehe..erm btol gak tu dalam kuantiti sikit memang x berbaloi nak beli =)
Terer masak la ni ya nad :p
Terer masak la ni ya nad :p
Aah khamsi.. sebenarnya tentang apa yg kita pilih kan..
Ya kak fuza, saya pun rsa better mcmtu.
Pilihan ditangan masing2..betul :)
Wa'alaikumusalam.
Hehe, aah syaz..jeles tgk kak azz msak kuih bebanyak..suasana camtu dah jrg jumpa skrg..
Urmm..tu kira rajin gak tu..rajin tunjuk,ekekke
Dekat Malaysia harapan la nak buat, baik pergi kedai. Tapi semenjak 2-3 tahun ni pun dah jarang pergi Bazar Ramadhan kalo dekat rumah pun, sebab sekarang ni ramai guna kesempatan untuk buka gerai walaupun masakan diorang sebenarnya takdela sedap sangat, Dah banyak kali dah beli kuih yang tak sedap, lauk yang basi semua tu sampai rasa malas nak pergi.
Betul am, ramai ambil kesempatan berniaga dalam bulan ramadhan ni..tapi takda/kurang pengalaman berniaga. Mungkin tujuan utama, nak cari sumber pendapatan lebih..tu takda salahnya, cuma ada yg betul2 main bedal je letak harga, masak pun setakat batuk lepas kt tngga..
Setiap pilihan, ada 'harga' yg perlu dibayar kan dik..
Bila buat sendiri, memang memuaskan hati bro..tpi kenangkan masa semua tu.. lagi2 kerja yang rumit.. kalau mee goreng ke, better buat sendiri. Tapi kuih muih kan ada yg rumit jugak nak membuatnya..
Dah tentu hans.
Tu la yg mak maksudkan.. sebenarnya, kalau ramai yg menjamu, elok la kita masak..
Macam sedih sgt ni dik,hihi
Fie..apa yg ko taip ni..hantulaa dgn delima? (-_-)
Mestila masakan mak paling best kat dunia,ehehe
Rajinnya chip! hehe
tapi betullah tu mak kau cakap, sometimes beli mmg lagi jimat dpd buat sendiri, cuma kena pandai pilih lah..silap pilih tu yg buat spoil time berbuka nanti tu..huhu~