RSS Feed

Peronta Murahan

12

August 7, 2014 by

Assalamualaikum.

Setiap kali aku disini,
Apa yang kau tulis sangat menarik perhatian.
Kerapkali kau menunjukkan penyakit 'sawan'
Seringkali kau 'meronta meroyan'..

Bukan pada isu yang kau perjuangkan,
Kerana aku lihat isu itu baik berat atau ringan perlu dibincangkan.
Cuma pada perkataan yang kau gunakan,
Mencarut penuh perasaan.
Ada waktu, kau terlebih perasan.

Apa yang kau cuba tonjolkan..
Adakah tentang permasalahan?
Ke kau sedang membuat penentangan?
Oh, barangkali kau perlukan sokongan?
Mungkinkah kau butuhkan bantuan?
Atau kau cuba mencari jalan penyelesaian
atas isu yang kau paparkan?

Atau...semua itu sebenarnya bukan?
Kau...kau sekadar terdesak meraih perhatian??

Bukan begitu caranya kawan..
Lambat laun kau dipulau dan ditinggalkan,
Bukan itu yang kau mahukan bukan?

Norliana A.

#Lama tak menulis begini..

"Peronta Murahan"


12 comments »

Kisah Si Dairy said...

singgah petang kat sini...

Hazmin Hamudin said...

Dah lama tak baca penulisan macam ni. Kena baca banyak kali baru boleh faham hehe

ewanthology said...

kena ada adab.... kena tulis 'berlapik' skit

Etuza Ezawarna said...

salam jumaat berjalan-jalan cari teman yg hilang

Khamsi Abdullah said...

Tulisan saya ada lagi ke Lana ek yang macam tu..risau tak delete habis posting mengarut maki n carut seme tu.. btw, saya pon rasa benda sama..tak kisah lah orang tu komen berjuta pon, bila saya bukak blog yang heavy sangat carut marut, saya pangkah je.

Aisya A. said...

publisiti murahan.
mungkin?

ary_lee said...

Kebanyakan manusia sekarang berbicara, lagaknya seperti tiada akal, tiada perasaan
Mungkin mereka lupa mereka adalah manusia

EH? Ary pun manusia juga :-P

lynndamya said...

Salam, lana ! rindu kau~ muahhh~
setiap kali ko lama xupdate, mesti ko dpt flying kiss dpd aku kan~ hahaha.. em ni pasal video budak sengal kat McD tu ke...aku rase dorg semua pun xbetul, mau buat benda yg betul tp guna jalan yg xbetul, cara sendiri, cara org xbetul..last2 jadi semua bengong..huh!

caliph shuriken said...

bahasa level tggi ni.. ada byk layer, hikk...

Wirda Amir said...

malas nak layan org yg meroyan..memang membawa aura negetif je..kalau di layan kita dgn mereka jadi sama..umpama dua didarab dgn lima..lima dikali dgn dua...jawapannya serupa....

salam rindu buat kamu lana la lunaku....

CXopportunities said...

Sgt puitis. Cx suka baca entry2 mcm ni. Just like fynn jamal. Huhu

muja said...

hahaha... perli hingga ke ulu hati.. bila baca terpercik ke muka berkali kali.. insya Allah akan kuhindari.. ekekeke

Powered by Blogger.