Peronta Murahan
Assalamualaikum.
Setiap kali aku disini,
Apa yang kau tulis sangat menarik perhatian.
Kerapkali kau menunjukkan penyakit 'sawan'
Seringkali kau 'meronta meroyan'..
Bukan pada isu yang kau perjuangkan,
Kerana aku lihat isu itu baik berat atau ringan perlu dibincangkan.
Cuma pada perkataan yang kau gunakan,
Mencarut penuh perasaan.
Ada waktu, kau terlebih perasan.
Apa yang kau cuba tonjolkan..
Adakah tentang permasalahan?
Ke kau sedang membuat penentangan?
Oh, barangkali kau perlukan sokongan?
Mungkinkah kau butuhkan bantuan?
Atau kau cuba mencari jalan penyelesaian
atas isu yang kau paparkan?
Atau...semua itu sebenarnya bukan?
Kau...kau sekadar terdesak meraih perhatian??
Bukan begitu caranya kawan..
Lambat laun kau dipulau dan ditinggalkan,
Bukan itu yang kau mahukan bukan?
Norliana A.
"Peronta Murahan"
Comments
mungkin?
Mungkin mereka lupa mereka adalah manusia
EH? Ary pun manusia juga :-P
setiap kali ko lama xupdate, mesti ko dpt flying kiss dpd aku kan~ hahaha.. em ni pasal video budak sengal kat McD tu ke...aku rase dorg semua pun xbetul, mau buat benda yg betul tp guna jalan yg xbetul, cara sendiri, cara org xbetul..last2 jadi semua bengong..huh!
salam rindu buat kamu lana la lunaku....