Tips Menulis Entry #2 - TEPAT


Kebanyakkan tips memberi penekanan pada penulisan entry yang pendek berbanding yang panjang dan berperenggan-perenggan.

Alasannya, menjimatkan masa dan memudahkan pemahaman.
Tapi tidak juga. Ada masanya, entry pendek lebih menimbulkan kekeliruan.
Ia bergantung kepada topik yang ingin diketengahkan.
Bukan semua topik boleh dipendekkan.

Yang penting, ketepatan.
Sama seperti pemanah, memanah pada tempat tujuan.

Katakan topik yang ingin diutarakan ialah berkenaan makanan.
Fokus pada makanan. Tidak perlu ditambah cerita tentang kemalangan, kecurian, kecurangan hero pujaan, bla bla bla.

Terlalu banyak cerita yang disampaikan, boleh buat pembaca hilang tumpuan.

Pernahkan baca entry, kita tertanya, "mana satu cerita yang dia nak sampaikan ni?"

Apapun, diakhirnya..berbalik pada topik dan tujuan.

Comments

caliph shuriken said…
yup, x semua topik bole kasi short & simple, huh...
ary_lee said…
Betul tu^^
Tepat^^
Sebab tu juga, ary suka baca entri yang turut disertakan fakta. Lalu dihuraikan sesedap rasa mengikut pendapat penulis. Ary xsuka baca penulisan yang punya pendapat penulis je sebab rasa macam huraian tanpa bukti yang jelas dan kukuh.
Jie said…
betul tu. tapi biasanya ada yang belasah satu entry bermacam2 cerita. pun boleh. layaaannn
Karen Monica said…
yang penting penulis faham apa yang dia nak sampaikan dan pembaca faham apa yang disampaikan :)
Unknown said…
setuju, terpulang pada pemilik blog, etuza tengok ada juga gambar khasnya pada hari rabu...teruskan blog maya untuk informasi..agar ada manfaat kepada umum ya
Nong Andy said…
bagaimana pun lana.. akak suka membaca tulisan seorang pensyarah yang suka menulis meleret-leret dari topik asal.. tetapi mungkin kerana dia seorang PENSYARAH dia pandai mengolak bahasa, jadi leretan-leretan cerita yang di tulisnya itu agak menarik dan seringkali menambah unsur lucu membuat akak ketawa sendiri dan dia selalu menambah
" berbalik pada tajuk posting..." dan bli..bla..bla..


adakala.. ia terpulang pada pembaca itu sendiri. Jika pembaca itu berminat MEMBACA atau ingin tahu dgn blog yg di bacanya, maka ia akan baca dari patah ke patah.. tetapi ada pula yg asal singgah saja, isi di dlm pandang sambil lewa :)

Lana, setakat ini isi penyampaian lana pendek tapi padat :) jadi akak suka singgah sini. cuma adakala ia terlalu padat smpai terkelu nak komen hehehe..

Unknown said…
saya rasa lebih baik satu2 topik dibincangkan dlm satu entry..baru orang faham..tak la serabut nak komen banyak benda..yg penting isi kandungan yg ingin disampaikan jelas dan bermanfaat kpd pembaca..:-)
Athirah said…
hehe.. kekadang, saya pun ter-merapu,,ahaha
ewanthology said…
bagus jugak kalau terkeliru dgn entry yg pendek sebab memmbantu minda untuk berfikir kesimpulannya :)
penaberkala said…
good tips
lepas ni boleh cuba praktikkan ni
asyik suka taip berjela entah apa-apa je sebelum ni, keh3
merapu itu best
Unknown said…
entry copypaste dan rantaian kurg tepat dan cerdik...sbb x selidik dulu huhu
Lynn Damya said…
hahaha aku setuju ! tp kdg2 dlm satu entry tu tiba-tiba aku rasa mcm xterkawal, rase mcm nak cerita semua, tu yg kena buat part 1, 2, 3 bagai tu, haha :D
Unknown said…
Betul2 :D
Tak semua topik boleh dipendekkan :)
ME CTCT said…
ada jnis org nk msukkan sume criter..keliru jugak nk komen yg mne..hehehe
Encik H said…
hahaha..aku selalu macam ni..tengah menaip tu aku boleh tercerita pasal benda lain, walaupun sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain..:D
Shida Radzuan said…
menarik penerangan lana :)
Cendol said…
haha banyak iklan dan selingan tu..mcm tv3,masa iklan lama.tension tunggu heheh >.<

Popular Posts