Tips Menulis Entry #2 - TEPAT
Kebanyakkan tips memberi penekanan pada penulisan entry yang pendek berbanding yang panjang dan berperenggan-perenggan.
Alasannya, menjimatkan masa dan memudahkan pemahaman.
Tapi tidak juga. Ada masanya, entry pendek lebih menimbulkan kekeliruan.
Ia bergantung kepada topik yang ingin diketengahkan.
Bukan semua topik boleh dipendekkan.
Yang penting, ketepatan.
Sama seperti pemanah, memanah pada tempat tujuan.
Katakan topik yang ingin diutarakan ialah berkenaan makanan.
Fokus pada makanan. Tidak perlu ditambah cerita tentang kemalangan, kecurian, kecurangan hero pujaan, bla bla bla.
Terlalu banyak cerita yang disampaikan, boleh buat pembaca hilang tumpuan.
Pernahkan baca entry, kita tertanya, "mana satu cerita yang dia nak sampaikan ni?"
Apapun, diakhirnya..berbalik pada topik dan tujuan.
Comments
Tepat^^
Sebab tu juga, ary suka baca entri yang turut disertakan fakta. Lalu dihuraikan sesedap rasa mengikut pendapat penulis. Ary xsuka baca penulisan yang punya pendapat penulis je sebab rasa macam huraian tanpa bukti yang jelas dan kukuh.
" berbalik pada tajuk posting..." dan bli..bla..bla..
adakala.. ia terpulang pada pembaca itu sendiri. Jika pembaca itu berminat MEMBACA atau ingin tahu dgn blog yg di bacanya, maka ia akan baca dari patah ke patah.. tetapi ada pula yg asal singgah saja, isi di dlm pandang sambil lewa :)
Lana, setakat ini isi penyampaian lana pendek tapi padat :) jadi akak suka singgah sini. cuma adakala ia terlalu padat smpai terkelu nak komen hehehe..
lepas ni boleh cuba praktikkan ni
asyik suka taip berjela entah apa-apa je sebelum ni, keh3
merapu itu best
Tak semua topik boleh dipendekkan :)