Mengenali Peribadi Rakan Maya

Assalamualaikum.

Entri ini jawapan balas saya kepada soalan yang dikemukakan dibawah.
Entri asalnya, Question 2: Mengenali Peribadi Rakan Maya, ada beberapa blogger telah berkongsi pandangan mereka terhadap soalan yang sama.


MENGENALI. Bukan menilai ya. Analoginya begini:
Jika anda ke Kuala Lumpur, KLCC misalnya, bagaimana anda mengecam dan mengenali, orang yang anda berselisih bahu itu warganegara Bangladesh, Indonesia, Afrika atau Eropah? Bagaimana pula anda mengenali dan membezakan seorang warganegara Malaysia itu berbangsa Melayu, India dan Cina?

Tapi, didunia maya, kita tidak bertentang mata. Jadi bagaimana?
Saya lihat pada beberapa perkara. Antaranya:

1. Salam Hormat - Bagaimana individu itu memberi salam, bertanya khabar, bagaimana dia berinteraksi, berkongsi pandangan dan pendapat, dan bagaimana dia menjaga batas berkawan dalam online.

2. Tanda Pengenalan - Ada yang bahasakan diri Saya-Awak, Aku-Kau, Korang-Anda, Abang-Kakak-Adik, Sis-Bro, Uncle-Aunty etc. Ada yang suka tukar2 nama dishoutbox (untuk tujuan bergurau senda). Bagi saya, asalkan nama panggilan itu baik2, saya terima. Jangan tiba2, "hei mangkuk!". Itu namanya nak makan penumbuk,hehe

3. Gaya Penulisan - Untuk point ketiga ini bagi saya, ia ambil masa. Tak boleh baca satu entri saja. Setiap blogger ada gaya dia. Ada yang suka entri panjang/ringkas, SEO/Personal, berkarya, share gambar dsbgnya. Apa yang boleh saya kata, ada kuasa dalam perkataan. Perkataan yang baik, memang menyenang dan menenangkan.

4. Minat - Semakin lama anda saling berinteraksi dengan seorang blogger, dia mungkin akan share apa yang dia minati melalui entri. Katakan dia selalu share tentang kucing peliharaannya, dari situ anda tahu dia minat kucing bukan? Jangan pula ditanya, "awak selalu share pasal kucing, minat tak cacing??" Kemana halanya tu,hehe

5. Gerak Hati, Akal dan Pengalaman - Bergantung pada pancaindera semata2 kurang cukup sebenarnya. Gerak hati memainkan peranan juga. Kita boleh rasa bukan samada seseorang itu berniat baik atau sebaliknya. Tapi, itu juga belum mencukupi, gunakan pula pengalaman dan akal yang ada untuk proses seterusnya. Pengalaman guru yang terbaik bukan? Akal pula membantu kita waras dalam buat keputusan. 

Point2 diatas juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 

Saya suka ingatkan diri, "tiada suatu pun kebetulan didunia ini". Ada sebab kenapa kita berjumpa insan2 dalam laluan hidup kita sehari-hari. Kita berusaha jadi baik pun sebab tidak suka kejahatan bukan :)

Comments

Syafiqah Azmi said…
sy tak suka kucing..;)
btw lana it's a good topic..:D
Shida Radzuan said…
setuju dgn lana :)

mcm kita saling kenal tp sbnarnya tak ingt dr bila kite kenal dan sejak bila..tau2 lana mncul sbagai teman alam maya dari blog bawa ke fb dan sterusnya ke hp :)
salam pagi lana, rindunya mama nak bertandang ke sini, tercaik-cari juga lana. Mama terasa tercuit hati dengan info dari lana... kelakar, apapun betul juga apa yang dikatakan lana.. mama setuju.. :)

Anonymous said…
komen akak td lekat tk?mcm tk lekat he,nnti akak dtg tgk blk
NasQ said…
Hai lana...takut pulak kena nilai ni...
Kadang2 kita boleh melihat keiklasan seseorang ketika dia meninggalkan komen..

Dan secara tidak langsung kita 'mengenali' mereka..

Lebih banyak kita membaca blog mereka.. tulisan mereka, maka lebih byk kita belajar tentang diri mereka.. ofcoz.. some people cuma tulis yg baik2 saja.. dan some time it all fake. Tapi tidak semuanya fake.. sebab dlm tulisan selalu ada 'diri' kita yg sebenar. Jadi jika kita teliti.. sehebat mana pun org tu fake dlm blog dia.. kita akan boleh nmpak diri dia yg sebenar juga.

Frenship kat alam maya ni akak rasa ia akan datang secara semulajadi. Akak akan dtg bertandang ke blog yg akak suka sekali pun pemilik blog itu tidak pernah membalas kunjungan... tapi adalah satu bonus jika mereka kunjung balik. Mungkin ia kerana membaca adalah sebahagian diri akak.. :)


Aha... kan dah panjang Lana. Hihi..


Nong andy
Teena Tna said…
salam kak, dah lama tak berkunjung ke sini.

kita boleh kenal seseorang melalui penulisannya tapi kadang-kadang sifat itu tak sama apabila berada di alam realiti.
Unknown said…
sy pernah mention dalam entri sy.. jadi seorang blogger ni seolah2 ada dua identiti.. identiti secara nyata dan juga identiti secara maya.. hehe

sy nak kata tak senang dgn blogger so far alhamdulillah tak ada.. sebab mmg itu yg nak dielakkan.. tapi tak senang dr segi teknikal tu selalu.. nak baca entri, tulisan tak jelas.. nak komen, kotak komen tak ada pulak.. benda2 mcm tu lah. :)

tp kalau menyentuh tentang peribadi tuan punya badan tu, kita bersangka baik je lah.. setiap apa yg dia buat mesti ada sebabnya yg tersendiri.. asalkan tak ganggu sy sudah. hehehe
Gee Lion said…
"awak selalu share pasal kucing, minat tak cacing??"

haha.. lawak lawak.. cik lana minat cacing ke? adoi.. (;
Chic Na said…
setuju dengan point2 yg lana nyatakan tu. :)
Fiza Aizzawa said…
Fiza boleh tersenyum dengan ayat tu "awak selalu share pasal kucing, minat tak cacing??" lucu betul.. good entry.. mengenali blogger hanya dengan cara penulisan, walaupun tak berapa tepat tetapi itu sahaja cara untuk kenal blogger selain drp gambar dan story2 hidupnya..
CD said…
nice lana :) macam aku, aku xkisah kalau setakat kawan alam maya a.k.a imaginary friend .. asalkan, dorang tak melampaui batas untuk buat hati ni rasa meluat... tu jer.. hee :D
Anonymous said…
Assalamualaikum lanaku...

Akak tgk tkdepun komen akak di sini,hehe..akak jd keliru sbb komen di blog lana ni publish kemudian,kalau di blog yg komennya terus publish,kalu tk lekat komen,akak tulis sehingga ada....
Anonymous said…
Akak setuju dgn pendapat lana tu tp amat bahaya kalau kita bertemu dgn org yg mempunyai dua identiti(split personaliti) di mana bila lana bertemu dgn org yg sebegini,akalpun tk akan dpt membantu lana,..tulisan2 dia atau perkongsian dia adala hipokrik semata2...ini dari pengalaman akak...kalau bole lana buat tajuk tentang split personaliti n bagaimana nk mengenal org yg begini..akak pernah cari kat google tp x jumpa...dasyat tau bila jumpa org yg begini...
QasehnyaRania said…
salam maulidul rasul.
setuju apa yg dinyatakan di atas.

Bunda_nora said…
topik yang menarik...

SALAM MAULIDUR RASUL
Shiqin Sunshine said…
paling setuju dengan num 5.. =)
Anonymous said…
Salam lanaku...

Sj singgah sini,blog kedua yg akak singah utk hari ini....
mselim3 said…
Assalammualaikum,, tintalana,

mmg benar melalui penulisan kita kenal peribadi seseorang tapi kita boleh agak.. tapi pape pun dia adalah kawan kita.
Nice tips2..nie..

mselim3

pls: sorru lana dah lama tak visit sini.. pape tintalana ada wujudkan lagi tak ruangan belajar bahasa jawa tu?..
Tinta Lana said…
@Syafiqah Azmi

Tak suka ya..Ok, hehe.
Thank you iqa.. ;)
Tinta Lana said…
@Shida Radzuan

Urmm..yg lana ingat..blog shida memang menarik perhatian,hehe, sebab serba biru..

InsyaAllah, semoga ada yg seterusnya selepas hp tu ^_^
Tinta Lana said…
@Norhasniza Khalid

Wa'alaikumusalam. Saya ada je ma..ma je yg hilang sebentar haritu, merajuk saya,hehehe

Terima kasih ma sudi bertandang kesini.. :)
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Sian akak..akak, jangan paksa diri ya..nanti meletop handphone akak tau..hik3, ni saya nak ingatkan akak, ke.. nak takutkan akak ni T__T
Tinta Lana said…
@Tukang Karut

Org dah tulis dah dengan huruf besar, MENGENAL..bukan menilai..

Sedih aku,hahaha
Tinta Lana said…
@Genre Dari Langit

Kakak, bila saya baca komen akak ni..pada part palsu/fake tu..saya membayangkan pepatah melayu, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua.

Saya tak nafikan apa yg akak sebut tu.. sehebat mana memalsukan diri, ia akan perlahan2 terbongkar nanti.

Iya..betul, biar secara smulajadi..tambah lagi, saya pula tak suka dipaksa..lagi dipaksa, makin jauh 'larian' saya ni,hehe
Tinta Lana said…
@Teena Tna

Wa'alaikumusalam.

Betul tu sayang..dialam realiti sekalipun, takkan sama sikap kita depan ibubapa dengan depan org lainnya..

Kita bukan mencari persamaan..kita mencari siapa dan apa seseorg itu.. :) eh,ayat dalam buku,hehe
Tinta Lana said…
@aisya

Aah..lana ingat lagi aisya pernah tulis ttg blogger seolah2 ada dua identiti :)

Yup, dari segi teknikal tu, lana pun faham.. benda tu normal bukan, banyak manusia, bnyk ragamnya, minat masing2 berbeza..kita terima selagi boleh,hehe. Kalau tak leh..errr, meroyan depan laptop,hihihi >_<
Tinta Lana said…
@Gee Lion

hehe, takmau la minat cacing, geli goli guli, hik :D
Tinta Lana said…
@Chic Na

Macam juri awam dah cikna..saya setuju! hehe
Tinta Lana said…
@Hafiza AizZawa

Yang pastinya, org yg kita kenal dalam dunia nyata, walaupun dah kenal lama, tak mungkin kita boleh mengenali dia betul2.

Sekadar panduan saja.. :)
Tinta Lana said…
@Nurul Farahizzati

Selagi tak melanggar batas2 agama la terutamanya,hehe.
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam.

Aah..saya buat moderate comment sejak setahun lalu. Sebelum ni, sama macam blog akak, terus saja publish. hehehe
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Setahu saya yang tak berapa tahu ni kak, split personaliti ni bukan ke salah satu penyakit psikiatri?

Setakat ini..saya tak pernah ada pengalaman begini..kalau boleh akk kongsi pengalaman akak sendiri terlebih dulu, mungkin lebih baik. Saya pun tak dapat bygkan mcmna yg dikatakan tulisan dan perkongsian tu hipokrit semata2.

Tiba2 saya terfikir plak, katakanlah penulisannya tu memang bagus, tapi individu itu hanya hipokrit semata2..maknanya..individu itu kira 'bijak' juga.
Tinta Lana said…
@QasehnyaRania

Salam Maulidur Rasul juga.. :)
Tinta Lana said…
@BUNDA a.k.a KN

Ya Bunda..salam Maulidur Rasul.. :)
Tinta Lana said…
@Shiqin Sunshine

Point no 5 tu banyak bantu kita go through kehidupan ni kan.. =)
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam.

Rajin bebeno akak ni,hehehe ^^
Tinta Lana said…
@Mohd Selim Zainal

Wa'alaikumusalam Mohd Selim.

Ya, kita cuma boleh buat agakan saja.. bukan tepat 100%.. :)

p/s: Ruangan Bahasa Jawa? urmm..seingat lana..lana tak pernah buat.. mungkin M.Selim salah maklumat? :)
Aimacomel said…
Good point lana, suka dgn entri ni. Secara jujurnya, aima tak mengenali lana. Hanya melalui entri2 lana je aima dapat rasa lana seorang yang sempurna. Sentiasa down to earth, saling ingat mengingati, tahniah lana
APAN said…
menarik entri ini...jelas penyampaiannya...tahniah sis...

Lynn Damya said…
hai..aku dah baca entry ni, betul3..tp aku lebih nak komen psl ni:

"awak selalu share pasal kucing, minat tak cacing??"

serius buat aku tergelak2 sopan, sbb dlm ofiz, klw kat rumah ni mau aku gelak kuat2 dah, hahaha...cacing pon boleh~~ haha (kenapelah cacinggg..adoi)
admin said…
Salam, lana. Haii nama awak lana long, awak kenal tak lana lang? haha. Suka statement ni " tiada suatu pun kebetulan didunia ini". Ada sebab kenapa kita berjumpa insan2 dalam laluan hidup kita sehari-hari. Kita berusaha jadi baik pun sebab tidak suka kejahatan bukan :)

Popular Posts