Mengenali Peribadi Rakan Maya
Assalamualaikum.
Entri ini jawapan balas saya kepada soalan yang dikemukakan dibawah.
Entri ini jawapan balas saya kepada soalan yang dikemukakan dibawah.
Entri asalnya, Question 2: Mengenali Peribadi Rakan Maya, ada beberapa blogger telah berkongsi pandangan mereka terhadap soalan yang sama.
MENGENALI. Bukan menilai ya. Analoginya begini:
Jika anda ke Kuala Lumpur, KLCC misalnya, bagaimana anda mengecam dan mengenali, orang yang anda berselisih bahu itu warganegara Bangladesh, Indonesia, Afrika atau Eropah? Bagaimana pula anda mengenali dan membezakan seorang warganegara Malaysia itu berbangsa Melayu, India dan Cina?
Tapi, didunia maya, kita tidak bertentang mata. Jadi bagaimana?
Saya lihat pada beberapa perkara. Antaranya:
1. Salam Hormat - Bagaimana individu itu memberi salam, bertanya khabar, bagaimana dia berinteraksi, berkongsi pandangan dan pendapat, dan bagaimana dia menjaga batas berkawan dalam online.
2. Tanda Pengenalan - Ada yang bahasakan diri Saya-Awak, Aku-Kau, Korang-Anda, Abang-Kakak-Adik, Sis-Bro, Uncle-Aunty etc. Ada yang suka tukar2 nama dishoutbox (untuk tujuan bergurau senda). Bagi saya, asalkan nama panggilan itu baik2, saya terima. Jangan tiba2, "hei mangkuk!". Itu namanya nak makan penumbuk,hehe
3. Gaya Penulisan - Untuk point ketiga ini bagi saya, ia ambil masa. Tak boleh baca satu entri saja. Setiap blogger ada gaya dia. Ada yang suka entri panjang/ringkas, SEO/Personal, berkarya, share gambar dsbgnya. Apa yang boleh saya kata, ada kuasa dalam perkataan. Perkataan yang baik, memang menyenang dan menenangkan.
4. Minat - Semakin lama anda saling berinteraksi dengan seorang blogger, dia mungkin akan share apa yang dia minati melalui entri. Katakan dia selalu share tentang kucing peliharaannya, dari situ anda tahu dia minat kucing bukan? Jangan pula ditanya, "awak selalu share pasal kucing, minat tak cacing??" Kemana halanya tu,hehe
5. Gerak Hati, Akal dan Pengalaman - Bergantung pada pancaindera semata2 kurang cukup sebenarnya. Gerak hati memainkan peranan juga. Kita boleh rasa bukan samada seseorang itu berniat baik atau sebaliknya. Tapi, itu juga belum mencukupi, gunakan pula pengalaman dan akal yang ada untuk proses seterusnya. Pengalaman guru yang terbaik bukan? Akal pula membantu kita waras dalam buat keputusan.
Point2 diatas juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Saya suka ingatkan diri, "tiada suatu pun kebetulan didunia ini". Ada sebab kenapa kita berjumpa insan2 dalam laluan hidup kita sehari-hari. Kita berusaha jadi baik pun sebab tidak suka kejahatan bukan :)
Comments
btw lana it's a good topic..:D
mcm kita saling kenal tp sbnarnya tak ingt dr bila kite kenal dan sejak bila..tau2 lana mncul sbagai teman alam maya dari blog bawa ke fb dan sterusnya ke hp :)
Dan secara tidak langsung kita 'mengenali' mereka..
Lebih banyak kita membaca blog mereka.. tulisan mereka, maka lebih byk kita belajar tentang diri mereka.. ofcoz.. some people cuma tulis yg baik2 saja.. dan some time it all fake. Tapi tidak semuanya fake.. sebab dlm tulisan selalu ada 'diri' kita yg sebenar. Jadi jika kita teliti.. sehebat mana pun org tu fake dlm blog dia.. kita akan boleh nmpak diri dia yg sebenar juga.
Frenship kat alam maya ni akak rasa ia akan datang secara semulajadi. Akak akan dtg bertandang ke blog yg akak suka sekali pun pemilik blog itu tidak pernah membalas kunjungan... tapi adalah satu bonus jika mereka kunjung balik. Mungkin ia kerana membaca adalah sebahagian diri akak.. :)
Aha... kan dah panjang Lana. Hihi..
Nong andy
kita boleh kenal seseorang melalui penulisannya tapi kadang-kadang sifat itu tak sama apabila berada di alam realiti.
sy nak kata tak senang dgn blogger so far alhamdulillah tak ada.. sebab mmg itu yg nak dielakkan.. tapi tak senang dr segi teknikal tu selalu.. nak baca entri, tulisan tak jelas.. nak komen, kotak komen tak ada pulak.. benda2 mcm tu lah. :)
tp kalau menyentuh tentang peribadi tuan punya badan tu, kita bersangka baik je lah.. setiap apa yg dia buat mesti ada sebabnya yg tersendiri.. asalkan tak ganggu sy sudah. hehehe
haha.. lawak lawak.. cik lana minat cacing ke? adoi.. (;
Akak tgk tkdepun komen akak di sini,hehe..akak jd keliru sbb komen di blog lana ni publish kemudian,kalau di blog yg komennya terus publish,kalu tk lekat komen,akak tulis sehingga ada....
setuju apa yg dinyatakan di atas.
SALAM MAULIDUR RASUL
Sj singgah sini,blog kedua yg akak singah utk hari ini....
mmg benar melalui penulisan kita kenal peribadi seseorang tapi kita boleh agak.. tapi pape pun dia adalah kawan kita.
Nice tips2..nie..
mselim3
pls: sorru lana dah lama tak visit sini.. pape tintalana ada wujudkan lagi tak ruangan belajar bahasa jawa tu?..
Tak suka ya..Ok, hehe.
Thank you iqa.. ;)
Urmm..yg lana ingat..blog shida memang menarik perhatian,hehe, sebab serba biru..
InsyaAllah, semoga ada yg seterusnya selepas hp tu ^_^
Wa'alaikumusalam. Saya ada je ma..ma je yg hilang sebentar haritu, merajuk saya,hehehe
Terima kasih ma sudi bertandang kesini.. :)
Sian akak..akak, jangan paksa diri ya..nanti meletop handphone akak tau..hik3, ni saya nak ingatkan akak, ke.. nak takutkan akak ni T__T
Org dah tulis dah dengan huruf besar, MENGENAL..bukan menilai..
Sedih aku,hahaha
Kakak, bila saya baca komen akak ni..pada part palsu/fake tu..saya membayangkan pepatah melayu, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua.
Saya tak nafikan apa yg akak sebut tu.. sehebat mana memalsukan diri, ia akan perlahan2 terbongkar nanti.
Iya..betul, biar secara smulajadi..tambah lagi, saya pula tak suka dipaksa..lagi dipaksa, makin jauh 'larian' saya ni,hehe
Wa'alaikumusalam.
Betul tu sayang..dialam realiti sekalipun, takkan sama sikap kita depan ibubapa dengan depan org lainnya..
Kita bukan mencari persamaan..kita mencari siapa dan apa seseorg itu.. :) eh,ayat dalam buku,hehe
Aah..lana ingat lagi aisya pernah tulis ttg blogger seolah2 ada dua identiti :)
Yup, dari segi teknikal tu, lana pun faham.. benda tu normal bukan, banyak manusia, bnyk ragamnya, minat masing2 berbeza..kita terima selagi boleh,hehe. Kalau tak leh..errr, meroyan depan laptop,hihihi >_<
Eh, ada dia.
hehe, takmau la minat cacing, geli goli guli, hik :D
Macam juri awam dah cikna..saya setuju! hehe
Yang pastinya, org yg kita kenal dalam dunia nyata, walaupun dah kenal lama, tak mungkin kita boleh mengenali dia betul2.
Sekadar panduan saja.. :)
Selagi tak melanggar batas2 agama la terutamanya,hehe.
Wa'alaikumusalam.
Aah..saya buat moderate comment sejak setahun lalu. Sebelum ni, sama macam blog akak, terus saja publish. hehehe
Setahu saya yang tak berapa tahu ni kak, split personaliti ni bukan ke salah satu penyakit psikiatri?
Setakat ini..saya tak pernah ada pengalaman begini..kalau boleh akk kongsi pengalaman akak sendiri terlebih dulu, mungkin lebih baik. Saya pun tak dapat bygkan mcmna yg dikatakan tulisan dan perkongsian tu hipokrit semata2.
Tiba2 saya terfikir plak, katakanlah penulisannya tu memang bagus, tapi individu itu hanya hipokrit semata2..maknanya..individu itu kira 'bijak' juga.
Salam Maulidur Rasul juga.. :)
Ya Bunda..salam Maulidur Rasul.. :)
Point no 5 tu banyak bantu kita go through kehidupan ni kan.. =)
Wa'alaikumusalam.
Rajin bebeno akak ni,hehehe ^^
Wa'alaikumusalam Mohd Selim.
Ya, kita cuma boleh buat agakan saja.. bukan tepat 100%.. :)
p/s: Ruangan Bahasa Jawa? urmm..seingat lana..lana tak pernah buat.. mungkin M.Selim salah maklumat? :)
"awak selalu share pasal kucing, minat tak cacing??"
serius buat aku tergelak2 sopan, sbb dlm ofiz, klw kat rumah ni mau aku gelak kuat2 dah, hahaha...cacing pon boleh~~ haha (kenapelah cacinggg..adoi)