Question 3 : Kekalkan Pembaca Blog

Assalamualaikum.

Kali ini, soalan yang ditinggalkan dalam salah satu post, ditulis begini:

Bagaimana hendak mengekalkan pembaca dan tukang komen untuk sesuatu entri?

















Lama saya simpan soalan ini. Mungkin anda sebagai blogger nak berkongsi pengalaman sendiri?

#Slot Q&A:
  Question 1 : Special Characters in Blog Post
  Question 2 : Mengenali Peribadi Rakan Maya

Comments

PetakBunga said…
Entry yg baik.
Komen kat blog org lain dgn ikhlas..maksudnya org cerita a jgn komen b..
ary_lee said…
Ary tak layak lah nak jawab soalan tuh,.. Tapi kan, macam ary, ary memang maintain update baca blog Lana,.. Sebab ary treat Lana as my blogger buddy. So, ary rasa CONNECTION tuh yang penting. Cara penulisan penting, tapi connection lebih penting.

Macam kerja. Kadang pekerja kurang bagus lebih dikenali bos. Sebab dia pandai mengampu bos! BwahahaXD

Eh? Tu blogger Aima Mazlan ke? *Bajet macam Aima mazlan tu je yang nama dia Aima. BwahahaXD
Cik Azz said…
Tak tau nak jawab apa sebab pembaca dan pengomen kat blog akakpun tak konsisten, malahan selalu takde komen..

Mungkin kena rajin baca entry blogger lain, then kena rajin jugak tinggalkan komen.. Mungkin...

p/s: Teruskan aje menulis walaupun takde yang nak baca atau nak komen.. hehh...
CD said…
kalau zizie, zizie amalkan give and take. kalau ada orang komen, balas la komen kat blog dia. mula2, malaihnya, macam xikhlas je. lama-lama rasa seronok la pulak. :)
Unknown said…
Simple. Jadilah seseorang yang peramah dan seseorang yang ikhlas~

Nanti senang org suka kita. Bila dah suka, kesetiaan tu boleh membuah.
aizamia3 said…
entry akak hanya berkisar rutin sehari-hari.. dan bila ada masa terluang dalam sehari tu pasti akan terjah blog yang akak sendiri tak pernah jengah.. seronok bila baca macam2 cerita dari macam2 blog.. dari tak pernah kenal jadi semakin kenal bila saling jengah-menjengah..
kena ada 2 ways communication baru jadi.. ;)

Jajas said…
blog saya xde org nk singgah...hehe
Unknown said…
nak kekal kan memang susah ! sebab kita perlukan masa dan rajin...masa dan rajin adalah rakan yg paling rapat dan saling diperlukan utk berblog....klu kedua2nya perfect dengan mudahnya kita bole mengupdate entry dan membalas jejak atau komen rakan blogger yg lain , dan ini salah satu utk mengekalkan pembaca dan tukang komen di blog....ahaks
Unknown said…
tulis entri yang menrik bila ada org baca, pelbagai komen (positif) yg ingin dikemukakan.>_< hehe

depend pada cara kita ^_^ jaga qualiti penulisan dan blogwalking
caliph shuriken said…
susah jgak nk jawab soalan cmni.. sbb sy dh x seaktif bW mcm beberapa tahun lepas..

sy hanya update ikut selesa.. still ada pembaca yg sudi singgah blog sy walaupun x seramai dulu, huh...
mungkin kena rajin2 melawat blog2 org lain dan tinggalakn komen selepas baca entry2 mereka...

buat posting yg menari...rajin blog walking...
Unknown said…
Entry yang best, jadi blogger yg peramah dan balas komen blogger lain ;)
Unknown said…
assalamualaikum..lana :)

ayie jarang bw dan komen blog skrg..tapi dari pengalaman..apa yg ayie tgok..nk kekalkn pembaca kena rajin bw dan komen blog² lain.
Sis Vee said…
menjadi pengomen tegar serta pengunjung tetap blog mrk ...
Unknown said…
balas komen di blog dengan komen di blog mereka jugak. itu lah sy buat. rasanya ramai yg macam tu jugak. lg2 dgn kekangan masa ni tak sempat nak jenguk bloglist dan shoutbox. huhu
Fiza Aizzawa said…
kita kene rajin BW.. pastu jgn lupe bls kunjungan blogger tu... yg penting consistent..
BUNDA said…
kalau orang rajin komen kat blog awak...awak jgn lah lupa g komen plk...xmampu selalu pun sekali sekala g jgk tunjuk muka....jgn sombong...
Anonymous said…
salam syg dn rindu buat kamu lana la lunaku...

susah nak jumpa keikhlasan dn kesetiaan dlm dunia blog ni kalau penulisan kita tak baik....
puteri kasih said…
yang penting kita membalas kunjungan mereka yang dah sudi singgah ke blog kita..itulah yang puteri lakukan. Tapi adakalanya masa tidak begitu mengizinkan
Bunda_nora said…
kemanalah gerangannya Wirda Amir ni... rumahnya pun tutup rapat jer..tak nak kawan dah ke... tak rindu kitorang ke?...huhu..
mselim3 said…
Assalammualaikum..lana,

pengalaman mselim3 .. rajin BW dan selalu ada artikel baru utk tatapan pembaca blog.. 2 perkara yg kita mesti istiqamah..

mselim3
Pwincess said…
thank you so much for sharing kak lana <3
Aisyah Az said…
ecah tak layak nak bagi tips smua sbb ecah pun bukannya blogger yg berjaya,, tapi senang je nak kekal pengomen smua.. jgn ada word verification tu.hoho
NasQ said…
cam mana ek... lana tau...
Khamsi Abdullah said…
Assalamu'alaikum Lana.. Thanks sebab masih jenguk blog saya walaupun sudah blog ke berapa ntah saya buat. Saya rasa ramai yang suka baca blog lana sebab entri lana lebih santai gaya penulisan dan simple. Sebab saya suka menulis tap bila nak baca posting yang panjang saya tak boleh baca habis even my own posting. -.-"
Afiqah said…
pengomen tegar Df adalah blogger yg df selalu pi. hahaha.
kene kite lah rajin mngomen dan membaca coretan diorg. ikhlass :D
lynndamya said…
Hmm...pada aku, terpulanglah org nak dtg komen ke tak,nak kekalkan or nak paksa2 pun, xleh jugak..sbb hak pembaca, bukan kita tau kot2 pengomen tegar kita tu sakit dan xdpt 'berinternet'...
bg aku pulak sebagai seorang pengomen, dah mmg jadi hobi aku me-respon pd apa yang aku baca..kadang2 menyemak je dgn komen mengarut dan bajet kelakar (ko mesti selalu kena yg ni dgn aku kan~hahaha) :p
APAN said…
paling simple, saling berbalas komen...orang da dtg komen blog kita, kita balas balik gi komen kat blog dia...tp dinasihatkan komen berkaitan dengan entri. aku rasa lagi baik macam tu...

tp kalau rasa2 xde pe yang nak dikomen atau entri dalam tu xde yg menarik bg kita masa tu, mungkin blh kunjung balik next time. mana tau tiba2 ada masa terluang yg berlebihan :)
Eiqa Almond said…
Eiqa xtau nak cakap apa, sebab semua comment2x yg kat atas semua eiqa setuju dan apa yg eiqa nak tulis. :D
Tinta Lana said…
@Petak Bunga

Elakkan 'pusing' dari cerita asal ya :)
Tinta Lana said…
@ary_lee

Ary,can't help but i agree with u lorhh,hahaha. U always make me laugh when read ur comments, connection la tu kan,hahahah

Bukan la syg, tu blogger aima@babycomel. Aima Mazlan tu..who's that..huhu
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

Hug skit kak azz,hahaha

Bukan mungkin dah kak..tu mmg tips yg selalu disharekan pun,kan kan >_<
Tinta Lana said…
@Nurul Farahizzati Zakaria

Mula2 mungkin kekok kan..sbb kita dlm proses nak kenal cara penulisan etc.. :)
Tinta Lana said…
@kopi pasta

Your words become much better nowadays.. suka ayat tu weh, "bila dah suka, kesetiaan tu boleh membuah" hik ;)
Tinta Lana said…
@aizamia3

Entahla kak..lately, mungkin sebab kerja makin bnyk, umur meningkt, saya jadi agak kemalasan sbnrnya,hohoho

Tapi ada juga hari2nya, saya blogwalking ke blog2 yg tak pernah sya singgah sblm ni..mmg rasa seronoknya, org baru kenal kan, bnyk benda baru yg kita bljr dari dia pula ;)
Tinta Lana said…
@Jajas

Ada ja ak tgk jas, no kelentong2,hahaha
Tinta Lana said…
@Azie Namico

Azie, noted! hahaha, ya la, cuma kdg2 kita cuma ada slh satu tu saja kan, antara masa dan rajin T_T
Tinta Lana said…
@Cik Pensil

Adik fisha..i miss u,hahaha

Entry yang menarik dan baik2 ya, ok, tq dear >_<
Tinta Lana said…
@caliph shuriken

Kita 'ditempat' yg sama dah skrg ni caliph.. saya pun dah kurg aktif.. ^^
Tinta Lana said…
@Sya_Merpati Putih 88

Menari? Maksud sya..menarik ya..
Thank you sya ;)
Tinta Lana said…
@Sally Yatiey

Aha, tips yg selalu sally amal bukan? Rajin blogwalking, slalu 'nampak' sally kat mana2, hehehe ;)
Tinta Lana said…
@Ayie Abas

Wa'alaikumusalam..ayie :)

Memang cara tu lah yg paling bnyk dikongsikan blogger2 lainnya kan yie.. :)
Tinta Lana said…
@Sis Vee

Bhsa mudahnya, what u give, u get back, ye dak kak vee?hehehe

Nak kekalkan pembaca..kita sendiri jadi pembaca kekal untuk yg lainnya..
Tinta Lana said…
@Aisya A.

Lana rasa itu yg terbaik..bila kita ada bloglist, shoutbox dgn nak reply comment.. lana lebih utamakan replying comment.

Biasanya ke blog merekalah.
Tinta Lana said…
@Hafiza AizZawa

Thank you fiza.. consistent..aiyakk,hehehe
Tinta Lana said…
@BUNDA

Nasihat dari org berpengalaman..terima kasih bunda :)
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'laikumusalam..akak..saya nak tanya..tpi biarkan dulu.. :)

Tinta Lana said…
@puteri kasih

Betul puteri.. kdg2 lana sendiri ambil masa lama nak membalas balik kunjungan..
Tinta Lana said…
@BUNDA a.k.a KN

Saya harap kak wirda perasan yg ini,hehehe

Saya yakin bunda...kak wirda ada alasannya sendiri.. :)
Tinta Lana said…
@Mohd Selim Zainal

Wa'alaikumusalam.. :)

Terima kasih ya mselim untuk perkongsian disini ^^
Tinta Lana said…
@Nurulee

You are welcome ee >_<
Tinta Lana said…
@Aisyah Az

Pun bolehhh,hahaha.

Ya ecah, tu slh satunya, bila ada word verifictn, ia sedikit sbnyk mlmbtkn proses nak komen kan,hehe
Tinta Lana said…
@Tukang Karut

Kbnykn jawapan dah ada dkt ruang komen ni..
Tinta Lana said…
@Khamsi Abdullah

Wa'alaikumusalam. Sama2..

hahaha, even your own entry, tak habis bca ya sbb terlalu pnjg, hehe.

For me khamsi, depends pada keadaan semasa kita juga..ada wktu, kita ada mood dan keperluan,khndk nak bca posting yg pnjg/pendek.. saya sendiri memilih baca ikut keadaan.
Tinta Lana said…
@Detective Fiqa

Keywordnya tu lah dia..konsisten, jadi pengomen tegar, baru yg lain tegar ke blog kita, kan kan,ewahh,hahaha
Tinta Lana said…
@lynndamya

Lynn, ko kena tau sesuatu lynn, ada aku kesah komen ko mengarut dan bajet kelakar?hahaha, yg penting ak mmg akan ketawa lepastu,hahahaha

Sebab aku pernah guna berukband suatu ketika dahulu, ak selalu fikir, bila nk decorate blog ni, kena buat simple yg bleh, supaya tak heavy bagi org yg xbrapa nak dpt 'berinternet'.

Tinta Lana said…
Apan..tapi boleh tak komen kita tu mmg takda kaitan dgn entri, tpi kita komen gak sebab nak bertegur sapa dan bertanya khabar? hehehe >_<
Tinta Lana said…
@Eiqa Almond

It's ok eiqa. Terima kasih mai sini,hahaha
Dzureen Darwis said…
Personally saya akan pastikan saya membuat kunjungan balas terhadap setiap komen yang ditinggalkan dalam entri walau pun dah lambat sebulan, saya akan tetap singgah balas juga hehe
Anonymous said…
hehehe...sweetnya bunda....akak dh delete blog tu lana wpun tanpa izin....tkde alasan apa2pun....
Anonymous said…
hehehe...sweetnya bunda....akak dh delete blog tu lana wpun tanpa izin....tkde alasan apa2pun....
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Macamtu rupanya..harap tak putus hubungan ya kak wirda... :)
Tinta Lana said…
@Dzureen Darwis

Zu, akak pun cuba balas..walaupun dah berbulan2 lambatnya..huhu

Popular Posts